Wednesday 17 October 2012

Jenis2 Perfume

HCCF nak kongsikan tentang jenis-jenis perfume yg berada di pasaran.

Terdapat 4 kategori perfume:

1.Perfume (Parfum)

Perfume atau Parfum (dalam Bhs Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangi yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikan ia tahan lebih lama jika dipakai.
Besesuaian dengan kualitinya, harganya juga agak mahal. 

2.Eau De Parfum (EDP)

Eau De Parfum mengandungi kandungan minyak wangi di antara 10-15%.
Ia adalah jenis wangian yang paling popular jika dibandingkan dengan perfume dan boleh bertahan lama jika dipakai.

Eau De Parfume sangat seusai dipakai di kawasan badan yang hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan,di kawasan leher, di dada, di lipatan siku, di belakang lutut & pergelangan kaki.
Jangan letakkannya di belakang telinga, dengan kuantiti yang banyak. Dibimbangi akan menyebabkan pening kepala.





3.Eau De Toilette (EDT)

Eau De Toilette ialah campuran minyak di antara 3-8%. Ia tidak tahan terlalu lama.
Ia bertahan di antara 3 hingga 8 jam bergantung kepada keadaan persekitaran individu & jenis kulit.
Untuk mengatasi masalah ini, bawa ia ke mana-mana (botol kecil).
Harumannya yang nyaman dan perlahan boleh memberi kesan yang sangat baik, baunya juga sedang-sedang sahaja.

4. Cologne

Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit di antara 3% sahaja.
Eau de Cologne ialah merujuk kepada campuran perfume.
Wangian jenis ini paling kurang kepekatannya dan harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

HCC menumpukan kepada penjualan perfume jenis EDT, dengan kualiti 98% sama seperti original dan harga yang berpatutan, sgt2 berbaloi untuk dimiliki...

Untuk mereka yang berminat memulakan pernigaan secara kecil-kecilan, anda boleh menghubungi Kamal (012-9799145) emailkan kepada hccfragrances@gmail.com

Dengan modal yang minimum anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri..